Khamis, 8 Julai 2010

Fajar di pantai

Di pantai ini
ketika malam bertukar fajar
bersama deru ombak
berhembus sejuk bayu
alam masih kegelapan
di hujung lautan sedikit cahaya bakal bersinar
hati dan jiwa di lamun sayu
berdiri sepi seorang perindu
mencari cinta yang amat di rindu
tiba-tiba terdengar suara azan
bergema dari masjid dan surau persekitaran
lambaian cinta paling suci
kasih murni sejati
janji yang tidak di bohongi .

Seketika nanti
siang akan menjelma
dan malam datang lagi
terus bertukar ganti
hingga berakhir usia dunia ini.

Ira

6 ulasan:

  1. Salam Ira,

    Sedap puisi yang dikarang, saya suka baca puisi, tp saya tak pandai mengarang puisi. Saya suka amik foto tepi pantai lebih2 lagi waktu matahari nak jatuh.

    Pernah sampai ke Pantai Irama, Bachok , Kelantan pada tahun 1986, kami ada perlawanan persahabatan dengan salah satu pasukan bolasepak di situ. Saya selaku ketua rombongan pasukan bolasepak ( bukan ketua pasukan) kami yang datang khas dari Petaling Jaya, kebetulan salah seorang anggota pasukan kami berasal dari jajahan Bachok. Cantik pantai tersebut dan saya percaya lebih cantik sekarang.

    BalasPadam
  2. Salam..
    terima kasih ..
    sila kunjungi lagi ..

    BalasPadam
  3. Salam Ira
    Terima kasih mengikuti blog saya. Fajar Di Pantai memang indah penulisan & isinya.

    Lambaian azan memang menjanjikan kita perjalanan pasti untuk menemuiNya melalui solat, dan perjalanan menuju kejayaan dunia akhirat. Itu bukan janji palsu. Seperti juga malam menjanjikan datangnya siang & sebaliknya.

    Pemerhatian ke atas Fajar Di Pantai yang memaparkan janji, kasih & cinta Allah yang suci terhadap hamba-hambaNya sungguh menggamit diri, untuk sentiasa menghampiriNya.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Ira

    salam ziarah
    salam ukhwah
    salam perkenalan

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Temuk

    w. salam ...
    terima kasih

    BalasPadam
  6. Rozali

    w. salam .. terima kasih

    BalasPadam