Sabtu, 10 Julai 2010

lautan dan sayang

Malam ini
berdiri di hadapan laut
ingin lihat ikan paling besar
ingin lihat ular paling panjang
andai ku temui
ingin bertanya tentang kehidupan
amankah kehidupan di lautan
ingin ku menyelam bersama
menyentuhi pasir di dasar lautan
mungkinkah menjadi rakan
atau menjadi mangsa
hilang tanpa di kesan .

Sayang ..
catatan terakhir untuk mu
andainya kita tidak bertemu lagi .


Ira

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ira

    seronok ye
    duduk kat tepilaut
    boleh tenguk bila2 masa

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam ira

    Tkasih jadi follower. Memang duduk kat pantai tu ke? mama kat beris kubur besar,mertua. Kalau balik kg mesti ke pantai... rumah blah mana?

    BalasPadam