Malam ini
berdiri di hadapan laut
ingin lihat ikan paling besar
ingin lihat ular paling panjang
andai ku temui
ingin bertanya tentang kehidupan
amankah kehidupan di lautan
ingin ku menyelam bersama
menyentuhi pasir di dasar lautan
mungkinkah menjadi rakan
atau menjadi mangsa
hilang tanpa di kesan .
Sayang ..
catatan terakhir untuk mu
andainya kita tidak bertemu lagi .
Ira
Pantai Irama
Menikmati keindahan alam kurniaan Illahi ...
Sabtu, 10 Julai 2010
Khamis, 8 Julai 2010
Fajar di pantai
Di pantai ini
ketika malam bertukar fajar
bersama deru ombak
berhembus sejuk bayu
alam masih kegelapan
di hujung lautan sedikit cahaya bakal bersinar
hati dan jiwa di lamun sayu
berdiri sepi seorang perindu
mencari cinta yang amat di rindu
tiba-tiba terdengar suara azan
bergema dari masjid dan surau persekitaran
lambaian cinta paling suci
kasih murni sejati
janji yang tidak di bohongi .
Seketika nanti
siang akan menjelma
dan malam datang lagi
terus bertukar ganti
hingga berakhir usia dunia ini.
Ira
ketika malam bertukar fajar
bersama deru ombak
berhembus sejuk bayu
alam masih kegelapan
di hujung lautan sedikit cahaya bakal bersinar
hati dan jiwa di lamun sayu
berdiri sepi seorang perindu
mencari cinta yang amat di rindu
tiba-tiba terdengar suara azan
bergema dari masjid dan surau persekitaran
lambaian cinta paling suci
kasih murni sejati
janji yang tidak di bohongi .
Seketika nanti
siang akan menjelma
dan malam datang lagi
terus bertukar ganti
hingga berakhir usia dunia ini.
Ira
Label:
fajar
Rabu, 7 Julai 2010
Selasa, 6 Julai 2010
Isnin, 5 Julai 2010
Mengapa begitu
Mengapa begitu hati
terharu melihat ombak
mentitis air mata di sentuhi bayu lembut .
Mengenang kisah semalam
di sini menunggu seseorang
Bagai menunggu nelayan pulang
telah hilang di telan lautan .
Ingin mencari kenyataan
Namun hati masih berperasaan
besok kau datang
membawa bingkisan kasih dan sayang .
Ira
terharu melihat ombak
mentitis air mata di sentuhi bayu lembut .
Mengenang kisah semalam
di sini menunggu seseorang
Bagai menunggu nelayan pulang
telah hilang di telan lautan .
Ingin mencari kenyataan
Namun hati masih berperasaan
besok kau datang
membawa bingkisan kasih dan sayang .
Ira
Label:
hati
Langgan:
Catatan (Atom)