Rabu, 7 Julai 2010

Air Laut

Semalam aku di sini
melihat kau begitu mesra dengan pantai
hari ini aku di sini lagi
gurau manja mu tidak berhenti
maafkan aku bertanya
apakah kau yang hari ini
adalah air laut semalam yang ku temui
sukar untuk di kenali
kau kelihatan sama
gerak laku memikat jiwa yang sepi .

Ira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan